Banner created with MyBannerMaker.com

Rabu, November 17, 2010

Kem Membaca 1Malaysia

Kem Membaca 1Malaysia telah diadakan pada 8 - 11 Nov 2010. Pelbagai aktiviti yang menjurus kepada memupuk minat membaca di kalangan murid-murid SKSP telah dilaksanakan sepanjang 4 hari program ini berlangsung.
Pameran Bertema dirasmikan oleh Pn. Hjh Rohani bt. Abdul Rahman selaku PK Kurikulum.
'DROP EVERYTHING & READ'


 PROGRAM READ 2010






Sekalung penghargaan kepada semua warga pendidik SKSP dan syabas kepada murid-murid yang telah memenangi pertandingan sepanjang KM1M berlangsung. Tahniah!!!

Teruskan membaca walau di mana saja berada.....

Selasa, November 16, 2010

Program PSS Sepanjang Tahun 2010

Pelancaran Program NILAM 2010
Pelancaran Program NILAM 2010 telah dirasmikan oleh Pn. Azziah bt. Abu Othman, Guru Besar SKSP pada 7 Februari 2010. 



Bulan PSS -  Program Semarak Minda





Persembahan Tarian Endang sebagai pembuka majlis telah dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 4. 




  


Seorang murid Tahun 1 sedang membacakan sebuah buku cerita dalam pertandingan Bacaan Lancar B.Inggeris





Program yang telah berlangsung sepanjang bulan Julai ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap cintakan ilmu terutamanya melalui pembacaan dan menjadikannya satu budaya di kalangan warga sekolah.Disamping itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan pengunjung ke PSS dan seterusnya meningkatkan jumlah pinjaman buku.




Kursus Kepimpinan dan Jati Diri
(Pengawas PSS, Ketua / Penolong Kelas & Pengawas Surau)

Kursus Kepimpinan dan Jati Diri  telah diadakan pada hari Sabtu 31 Julai 2010, bertempat di Kem Kenari, Yan. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Ia merupakan program anjuran bersama Unit  Bimbingan dan Kaunseling, Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Pendidikan Islam. Penglibatan murid adalah seramai 115 orang.



Ceramah Kepimpinan dan Jati Diri











Latihan Dalam Kumpulan











Sesi pembentangan oleh pengawas-pengawas PSS.





Diharapkan kursus yang diadakan selama 1 hari ini telah dapat memupuk semangat kepimpinan dan jati diri dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi, bertanggungjawab, beramanah dan berketrampilan di kalangan murid.

Pengawas PSS 2011

Alhamdulillah. Baru-baru ini, sebelum cuti persekolahan akhir tahun bermula, PSS telah mengedarkan surat pengesahan pelantikan kepada murid-murid yang telah dilantik menjadi Pengawas PSS bagi sesi 2011. Pengawas PSS kali ini dilantik dari kalangan murid-murid dari tahun 2, 3, 4 & 5. Bermula pada sesi persekolahan 2011, Pengawas PSS akan tampil dengan pakaian seragam. Pelaksanaan pemakaian seragam ini adalah bertujuan untuk memberikan imej kendiri kepada barisan Pengawas PSS SKSP. Semoga mereka dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi, InsyaAllah!

Sabtu, November 13, 2010

Selamat Datang

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya, blog Pusat Sumber SK Sungai Pasir dapat dibangunkan walaupun banyak ruang yang perlu diperbaiki. Tujuan dibangunkan blog  ini adalah untuk mengembangkan lagi fungsi dan peranan PSS dengan menggunakan medium perantaraan internet, sejajar dengan kepesatan teknologi maklumat bagi kemudahan warga SKSP khasnya dan juga seluruh pengunjung blog ini.
Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Sekian, terima kasih di atas kunjungan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...