Banner created with MyBannerMaker.com

Isnin, Januari 31, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKSP 2010


Alhamdulillah, pada 30 Januari 2011 yang lalu telah berlangsungnya 2 acara penting sekolah iaitu Hari Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agong PIBG di Dewan Terbuka SKSP. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tn Hj Abd Ghani b. Haron, iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan.Tujuan HAC ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan/menghargai sumbangan  murid-murid dalam bidang kurikulum & kokurikulum sepanjang tahun 2010. 
Ini disusuli pula dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 36.

Terima kasih kepada semua waris yang hadir.


Tn Hj Abd Ghani b. Haron, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/ Yan sedang memberikan ucapan.

Guru Besar SKSP, Datin Azziah bt Abu Othman sedang memberikan laporan prestasi sekolah sepanjang tahun 2010.

Persembahan Kalam Jama'ie dari murid-murid Tahun 6

Antara para waris yang hadir.

Murid-murid yang diraikan.
Penerima Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Tahun 1

Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Cemerlang UPSR, Amanda Marc a/p Joseph.
Shahfrezan Sairi, penerima Anugerah Khas Ketua Murid 2010 serta Cemerlang UPSR.

Penerima Anugerah NILAM 2010, Nor Farhanim bt. Zaidy, juga Cemerlang UPSR
Tokoh Kokurikulum 2010, Ahmad Aidiel b. Zaidi

Heartiest Congratulations To All Recipients!! 


Khamis, Januari 20, 2011

AKTIVITI PSS (2)

Perkara    :   Kursus Pengurusan Asas dan Automasi
Tarikh      :   21 Januari 2011, Jumaat
Masa       :    8.30 pagi
Tempat     :  Perpustakaan SKSP
Sasaran    :  Pengawas PSS Kumpulan 1 & 2

CARA TINGKATKAN PRESTASI PELAJARAN


 Jangan cepat berputus asa, orang yang berjaya tidak semestinya mempunyai otak geliga, jadi apa yang perlu untuk mencapai kecemerlangan ialah;

 Mesti ada keazaman yang kukuh iaitu sikap dahagakan ilmu dan sentiasa mengidamkan kecemerlangan. Azam mestilah sentiasa membara dan disemarakkan hingga ke akhir hayat sehingga kejayaan benar-benar menjadi kenyataan.

 Perlu berusaha keras namun sistematik. Bagi mencapai kecemerlangan, mesti dimulakan dengan usaha berterusan iaitu dengan membuka perancangan teratur. Pembahagian masa yang baik dan tenaga mencukupi diperlukan untuk menjalani usaha itu. 

• Mengetahui dan mempraktikkan ‘study smart’. Ramai pelajar menyangkakan kejayaan hanya tercapai jika kita ‘study hard’ namun sebenarnya di samping belajar bersungguh-sungguh, kita mesti mempunyai perancangan secara berkesan. Maksudnya dengan mendapat hasil maksimun menggunakan masa serta tenaga minimun. Anda tidak boleh belajar secara membuta tuli. Buat perancangan supaya apa yang dipelajari mudah difahami.

• Disiplinkan diri juga penting dalam menghadapi cabaran dan rintangan iaitu dari segi pengurusan masa dan menahan diri daripada perkara melalaikan.

• Kemantapan jiwa, mental dan fizikal iaitu:
a) Cintakan kejayaan dan kecemerlangan
b) Cinta ilmu dan peningkatan
c) Cinta persaingan dan kemenangan
d) Cinta masa dan bijak menguruskannya
e) Cinta usaha dan kegigihan
f) Cinta Tuhan, diri, keluarga dan bangsa.
Otak yang cerdas datangnya dari badan yang cergas dan jiwa yang tenang

• Tidak mudah putus asa. Pelajar cemerlang ibarat seorang jaguh sukan yang sentiasa menang dalam pertandingan disertainya dan tidak pernah merungut kepenatan atau keletihan. Justeru, seseorang pemenang tidak mudah putus asa dan berpuas hati dengan pencapaian sederhana.

Sumber: Berita Harian

Rabu, Januari 19, 2011

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber serta Ketua & Penolong Ketua Kelas telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Pasir, Pn Azziah bt. Abu Othman serta PK HEM, Pn. Sabariah bt. Osman pada 18 Jan 2011 bertempat di dataran perhimpunan SKSP. 

Pengawas Sekolah






Pengawas Pusat Sumber Sekolah




 Ketua / Penolong Ketua Kelas



Di harapkan mereka yang dilantik akan dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan tekun & bersungguh-sungguh.




Isnin, Januari 17, 2011

AKTIVITI PSS (1)

Perkara     :  Program Orientasi PSS 2011
Tarikh       :   17 Jan - 23 Jan 2011
Masa        :   Rujuk jadual yang diedarkan
Tempat     :   Perpustakaan SKSP
Sasaran     :   Murid Tahun 4, 5 & 6

Khamis, Januari 13, 2011

SKSP Dalam Seminggu

Pada 11/1 - 12/1, iaitu pada hari Isnin & Selasa yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling  telah mengadakan Program Orientasi Murid Tahun 1 & 4.


Mulai tahun 2011, tiap-tiap hari Isnin & Khamis murid-murid berserta guru masa pertama dikehendaki membaca Surah Yassin sebelum sesi pembelajaran bermula. Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat keberkatan dari Allah s.w t.

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...