Banner created with MyBannerMaker.com

Jumaat, April 29, 2011

KOLEKSI BUKU TERKINI (SIRI 1 & 2)


Terdapat 2 siri buku baru yang dipamerkan di PSS sekolah. 'Tales From the Al-Quran' & 'Siri Anti Jenayah & Pencegahan. Jom! Dapatkan buku-buku terbaru ini untuk menambah  koleksi bacaan NILAM. 

Khamis, April 28, 2011

SAMBUTAN HARI GURU

TEMA HARI GURU 2011
Seperti yang telah diumumkan baru-baru ini, tema Hari Guru bagi tahun 2011 ialah 
'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Tugas guru semakin mencabar. Di samping menghadapi karenah para pelajar yang pelbagai, guru juga perlu menyiapkan diri dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Secara tidak langsung, peranan guru juga semakin bertambah. Bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini dan demi merealisasi matlamat negara, para guru perlu bangkit dari mentaliti lama dan  perlu melakukan transformasi pada diri sendiri dulu. Perbetulkan niat, bulatkan tekad. Ganjaran yang dicari bukan sahaja di dunia, keredhaan Allah jua yang didamba.

Selasa, April 26, 2011

Program NILAM

Pembaca Terbanyak Bulanan


Sebagai menghargai ketekunan murid-murid membaca buku, PSS mengambil inisiatif untuk memberi hadiah berupa baucer makanan KFC kepada Pembaca Terbanyak Bulanan bagi setiap aliran. Untuk melayakkan mereka mendapat hadiah ini, setiap murid dikehendaki membaca seberapa banyak buku dan membuat catatan ke dalam buku rekod NILAM masing-masing. Walaupun nilainya tidak seberapa, namun diharapkan ia mampu membakar semangat murid-murid SKSP untuk meneruskan usaha dan mencetus persaingan yang sihat di kalangan mereka.

Pembaca Terbanyak Bulanan bagi tahun 4, 5 & 6 untuk bulan Jan, Feb & Mac telahpun diumumkan. Masih ada peluang lagi untuk mereka mendapatkan hadiah ini kerana ia akan berlangsung sehingga hujung tahun. 

Manusia dihormati dan disanjung kerana beberapa sebab. Salah satunya ialah ketinggian ilmu yang dimiliki. Jadikanlah membaca satu budaya kerana sebahagian besar ilmu diperolehi melalui pembacaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...