Banner created with MyBannerMaker.com

Jumaat, Februari 25, 2011

PELANCARAN NILAM 2011 & MINGGU NILAM BERKUALITI



Payung 'NILAM' sempena Pelancaran NILAM 2011

Sketsa pendek dipersembahkan oleh pengawas-pengawas PSS bertajuk "NILAM dihatiku"

Pn. Jamaliah memperkenalkan Koleksi Buku Terkini PSS

Slot 'Bicara Buku'
Persembahan Koir dengan lagu 'NILAM'

Sepanjang Minggu NILAM Berkualiti, PSS menganjurkan pertandingan Sudut Bacaan Kelas & Sinopsis Terbaik yang terbuka kepada semua kelas & murid-murid sesi pagi. Sempena dengan program ini juga, guru-guru Bahasa Melayu menggunakan masa penggunaan perpustakaan untuk memberi taklimat kepada murid-murid  tentang Program NILAM serta tatacara mengisi buku catatan NILAM. Murid-murid juga diajar untuk menulis sinopsis dengan betul. Diharapkan program ini mampu mencapai matlamatnya.
Terima kasih kepada semua.

Isnin, Februari 21, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Pada 19 Feb yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah. Acara-acara yang telah dipertandingkan pada hari tersebut ialah tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita dan nasyid. Matlamat diadakan MTQ ini ialah untuk memilih peserta bagi mewakili sekolah ke peringkat Zon Kuala Muda 2. Majlis telah diselangi dengan ceramah Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 1432 Hijri.













Syabas & tahniah kepada semua peserta-peserta MTQ, terutamanya kepada peserta-peserta yang akan mewakili sekolah ke peringkat Zon Kuala Muda 2.

Selasa, Februari 15, 2011

MAULIDUR RASUL



Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
  
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika pengisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. 


Sumber : Klik sini

Khamis, Februari 03, 2011

Orang Yang Muflis


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?
Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...