AGENSI PERSEKUTUAN DAN AGENSI KERAJAAN NEGERI TERMASUK SEKOLAH-SEKOLAH DI KEDAH AKAN BERCUTI PADA HARI AHAD 2 JANUARI 2011.
Khamis, Disember 30, 2010
Isnin, Disember 27, 2010
Keajaiban Solat Mengikut Sains
Sebagai seorang Islam, kita wajib percaya bahawa apa saja suruhan Allah pasti ada kebaikan/hikmah. Artikel mengenai Rahsia Di Sebalik solat ini adalah salah satu contoh betapa hebatnya kurniaan Allah kepada kita, hambaNya.
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an.
Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.
Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Dipetik dari Tayibah.com
Selasa, Disember 21, 2010
Effective Teaching
A few suggestions on how to teach effectively. Practice them until they become second nature. You 'll see the result—for you and for your students.
If, instead, a student receives a civil answer to a question, then others may muster the courage to ask about something else. Before you know it, there may be a very productive discussion going. Not about what you had planned to present, maybe, but about what students are having trouble with or are curious about.
Appeal to students' curiosity, or to their desire to succeed. Make connections wherever possible to things that interest them. Hold students' interest by using material peppered with examples and variety, which has more inherent appeal and gets more response than material that is always the same, always abstract. Be a good model of a practicing professional by showing enthusiasm for your field—how else can you expect your students to be excited about what they're learning?
Limit the use of fear techniques to motivate students. They only work in the short term, and the long-term effects—fear of failure, fear of poor grades, fear of ridicule—are troublesome.
Composing a set of good objectives for an entire course is not a trivial task, but when you've done it, you know what your course is about and what it is supposed to accomplish. It becomes easier to construct exams that measure achievement of the objectives. You don't waste time talking about irrelevant material in class. You can select class activities, readings, and homework assignments that are more focused on helping students achieve the objectives—if an activity doesn't further the objectives, why have the students do it? Objectives even help in selecting a suitable text—the one that best illuminates what you want students to learn or be able to do.
Combat this by using a variety of methods that make the material more concrete. Use physical analogies, do demonstrations in class, relate concepts to real-world situations, encourage teamwork—-try anything that can knock on a new door in students' minds.
Learning about the ways in which people learn is the first step toward eliminating this mismatch between students' learning styles and your teaching style.
In summary, think of your classroom as your teaching laboratory. A few experiments may be just what you need to get through to your students, many of whom just need some successes, the feeling that some of us care, or enough "Aha!" reactions to keep them going.
Resource : Click here
Guru Yang Berkesan
Elaine (2000) telah mengenalpasti beberapa ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective teacher) yang dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:
• Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.
• Ciri mengajar yang memberikan hasil.
• Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.
1. Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.
2. Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat 'berpenyunguhan kendiri' (self-actualization) dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.
(Elaine, McEwan (1998-2001). Ten Traits of Highly Effective Teachers, McEwan-Adwin Groups.)
Untuk bacaan lanjut : Klik sini
Isnin, Disember 20, 2010
MEMBENTUK TABIAT POSITIF
Sesungguhnya tabiat seseorang itu mempengaruhi tindakan serta prestasi diri sepanjang tahun. Sebagai seorang murid anda harus membentuk tabiat positif di awal tahun lagi agar segala tindakan anda mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah pepatah melayu yang memberi maksud bahawa sesuatu kesedaran harus berlaku di peringkal awal agar mencukupi masa untuk membetulkannya. Oleh itu bagi diri murid membentuk sikap positif itu haruslah dilakukan sekarang agar ia dapat memberi ruang meningkatkan prestasi diri tanpa berasa bosan atau menggunakan faktor masa sebagai alasan. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti berikut:
• Positif terhadap kesukaran yang dihadapi:
Terdapat segelintir murid yang menggunakan alasan bahawa belajar itu amat sukar untuk difahami. Memang betul dalam proses pembelajaran pelbagai kesukaran dan kesusahan akan dihadapi. Menghafal sifir, menghafal formula, mengingati fakta, mencari bahan isi karangan, melakar peta minda, menyelesai masalah matematik dan sebagainya adalah sukar. Walau bagaimanapun murid-murid harus ingat apa sahaja yang dilakukan itu sukar jika tidak dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu. Seorang anak kecil amat sukar untuk berjalan tanpa bimbingan dan kaedah yang tertentu yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu ingatlah bahawa sebarang kesukaan itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja dan memerlukan usaha untuk mencari kaedah jalan penyelesaiannya.
• Peka terhadap masa:
Masa berjalan dengan begitu pantas tanda disedari. Oleh itu rugilah bagi mereka yang tidak peka terhadap perjalanan masa. Untuk mengelakkan kita menjadi rugi maka seseorang murid harus membuat perancangan masa untuk mengatur aktiviti harian agar ia dapat dipenuhi dengan lebih bermakna. Jadual waktu belajar di rumah, jadual aktiviti kokurikulum, jadual untuk aktiviti rekreasi harus dibina, dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa bertangguh-tangguh. Sifat bertangguh-tangguh seperti bertangguh untuk membuat kerja rumah, bertangguh untuk belajar, bertangguh untuk bertanya adalah diantara punca kepada pembaziran masa. Akhirnya semua kerja tidak beres dan istilah kesuntukan masa dijadikan alasan kegagalan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
• Yakin terhadap kebolehan diri:
Allah mencipta manusia untuk mencapai kejayaan. Oleh itu sejak kecil kita dilahirkan sudah difitrahkan oleh Allah iaitu kebolehan atau potensi untuk digunakan sebagai penentu kejayaan. Kebolehan dan potensi ini harus diterokai, dicungkil dan diusaha dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan hasilnya. Keyakinan merupakan tenaga dalaman yang mampu menjana minda dan menggerak segala anggota untuk berusaha mencapai apa yang diingini. Seseorang yang tidak yakin terhadap dirinya akan sentiasa mengalah, tidak mahu mengambil bahagian secara aktif dalam sebarang aktiviti serta mudah berputus asa, selalu meyindiri kerana beranggapan dirinya hina jika dibandingkan dengan orang lain.• Berani mencuba untuk kebaikan:
Ramai murid berasa malu untuk bertanya atau berasa tersinggung apabila berlakunya sesuatu kesilapan ketika belajar di mana sifat ini harus dikikis dari peringkat awal lagi. Malu bertanya sesat jalan!. Itulah gambaran yang diberikan dalam pepatah melayu yang membawa maksud seseorang yang malu untuk mendapatkan maklumat akhirnya menemui kegagalan.
Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mengapai kejayaan.
Sumber : Utusan Malaysia
Ahad, Disember 19, 2010
Guru Pemupuk Budaya Membaca
Guru harus memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk budaya membaca. Mereka tidak seharusnya memberi arahan sahaja kepada pelajar untuk membaca tetapi perlu merangka aktiviti yang sesuai dan menarik agar rasa bosan dapat ditangani.
Sebagai contoh aktiviti yang dirancang oleh guru bolehlah mengandungi arahan seperti berikut:
- Mencari dan meneroka : Mencari maklumat dan meneroka kisah yang terdapat di dalamnya.
- Menyenarai : Menyenarai maklumat yang berkaitan dengan topik yang dibaca
- Melakar : Melakar peta minda atau bentuk grafik yang lain
- Menilai : Membuat jangkaan, mengkaji kebaikan atau kelemahan dan membuat cadangan terhadap bahan bacaan tersebut.
- Mempersembah : menyampaikan isi bacaan yang dilakar dalam pelbagai bentuk dan gaya persembahan seperti lakonan, bacaan berirama, berhujah dan sebagainya mengikut kesesuaian tahap masing-masing.
Memperkukuh Bahasa Inggeris
Dalam usaha untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris, KPM akan & telah melaksanakan perkara-perkara berikut iaitu:
1) Pengambilan 600 pesara guru Bahasa Inggeris secara kontrak
Sumber : Sila klik sini
1) Pengambilan 600 pesara guru Bahasa Inggeris secara kontrak
2) 376 guru kontrak penutur jati untuk ditempatkan di lima buah institut perguruan Malaysia (IPGM) dan sekolah terpilih mengikut zon untuk memberi tunjuk ajar kepada guru Bahasa Inggeris.
3) Program pengukuhan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru baru dan guru dalam perkhidmatan.
4) Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menganjurkan program tukar opsyen bagi guru bukan opsyen Bahasa Inggeris dan kursus peningkatan potensi guru Bahasa Inggeris telah dijalankan.
Sumber : Sila klik sini
Selasa, Disember 07, 2010
Demi Masa...
Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
click to create your own
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
click to create your own
Ahad, Disember 05, 2010
Takwim Sekolah 2011 / Cuti Penggal Sekolah Malaysia 2011
Berikut ialah takwim sekolah bagi sesi persekolahan 2011.
Kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu)
Hari Persekolahan | 2/1 – 10/3 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Penggal I | 11/3 – 19/3 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 20/3 – 26/5 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Tahun | 27/5 – 11/6 | 16 hari |
Hari Persekolahan | 12/6 – 25/8 | 55 hari |
Cuti Pertengahan Penggal II | 26/8 – 3/9 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 4/9 – 17/11 | 55 hari |
Cuti Akhir Tahun | 18/11 – 31/12 | 44 hari |
Jumlah | 288 hari |
Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya)
Hari Persekolahan | 3/1 – 11/3 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Penggal I | 12/3 – 20/3 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 21/3 – 27/5 | 50 hari |
Cuti Pertengahan Tahun | 28/5 – 12/6 | 16 hari |
Hari Persekolahan | 13/6 – 26/8 | 55 hari |
Cuti Pertengahan Penggal II | 27/8 – 4/9 | 9 hari |
Hari Persekolahan | 5/9 – 18/11 | 55 hari |
Cuti Akhir Tahun | 19/11 – 1/1 | 44 hari |
Jumlah | 288 hari |
Langgan:
Catatan (Atom)