Banner created with MyBannerMaker.com

Ahad, Disember 19, 2010

Guru Pemupuk Budaya Membaca



Guru harus memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk budaya membaca. Mereka tidak seharusnya memberi arahan sahaja  kepada pelajar untuk membaca tetapi perlu merangka aktiviti yang sesuai dan menarik agar rasa bosan dapat ditangani.
          Sebagai contoh aktiviti yang dirancang oleh guru bolehlah mengandungi arahan seperti berikut:
  1. Mencari dan meneroka : Mencari maklumat dan meneroka kisah yang terdapat di dalamnya.
  2. Menyenarai : Menyenarai maklumat yang berkaitan dengan topik yang dibaca
  3. Melakar : Melakar peta minda atau bentuk grafik yang lain
  4. Menilai : Membuat jangkaan, mengkaji kebaikan atau kelemahan dan membuat cadangan terhadap bahan bacaan tersebut.
  5. Mempersembah :  menyampaikan isi bacaan yang dilakar dalam pelbagai bentuk dan gaya persembahan seperti lakonan, bacaan berirama, berhujah dan sebagainya mengikut kesesuaian tahap masing-masing.
                   To read more, click here

     

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...