Banner created with MyBannerMaker.com

Jumaat, November 18, 2011

MAJLIS ANUGERAH NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2011

Alhamdulillah. Pada 1 November 2011 yang lalu, PSS SK Sungai Pasir telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah NILAM di mana objektif utamanya ialah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan kesungguhan menerusi pembacaan. Selain dari itu, majlis khas ini juga diharapkan dapat memberi motivasi dan galakan yang berterusan kepada semua murid agar sikap suka membaca ini akan dapat dipupuk menjadi satu budaya di kalangan meraka.

Setiap murid yang layak telah diberikan sijil pengiktirafan dan dalam majlis yang sama juga seorang murid Tahun 5 iaitu Aqilah Farhah bt. Abdul Rahim telah dinobatkan sebagai Pembaca Terbanyak Tahun 2011 dan melayakkan beliau untuk menerima sebuah basikal dan sijil penghargaan.

Tahniah kepada semua murid yang telah  membaca dan membuat catatan dalam buku NILAM.
Teruskan usaha ini bagi tahun 2012!





 

Jumaat, September 30, 2011

BULAN KEMANUSIAAN

Buat pertama kalinya enam panitia iaitu Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Pendidikan Seni Visual (PSV), Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PSK), Pendidikan Moral & Pendidikan Muzik telah bergabung tenaga untuk menjayakan Bulan Kemanusiaan di bawah anjuran PSS . Program ini telah bermula pada 9 Ogos & berakhir dengan majlis penyampaian hadiah pada 22 September yang lalu. 

Matlamatnya ialah untuk mewujudkan budaya cintakan ilmu dan menanam sifat patriotik di kalangan murid. Kebanyakan aktiviti yang diatur adalah bertemakan patriotik antaranya ialah pameran "Malaysia Tanah AIrku", buku skrap, kuiz, teka silangkata, pertandingan rekacipta, pertandingan memasang komponen.

Tahniah kepada semua panitia yang terlibat menjayakan program ini.






Ahad, Julai 24, 2011

PROGRAM MINGGU PSS 2011

MINGGU PSS 13 - 24 JULAI 2011


HARI PELANCARAN PROGRAM
Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung ialah Peraduan Teka Silangkata, Peraduan 'Inilah Ceritaku' , Pelajar Bertuah Jam 7, 10 & 12, Peminjam Terbanyak, Peraduan Mewarna serta Peraduan Buku Skrap-Keratan Akhbar. Program ini melibatkan penyertaan semua murid Tahun 1 - 6.


 Tahniah kepada murid-murid yang telah memenangi hadiah dan kepada yang tidak berjaya, jangan sesekali berputus asa, cuba lagi di lain waktu.

Isnin, Julai 18, 2011

BUKU BARU

ENSIKLOPEDIA SAINS DAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK


Ensiklopedia Islam khusus untuk anak-anak muslim dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan serta pelajaran. Setiap fakta sains disulami dengan bukti dari ayat-ayat suci Al-Quran, Sekarang terdapat di PSS!!!!

Membaca membuka 1000 pengetahuan!

Jumaat, April 29, 2011

KOLEKSI BUKU TERKINI (SIRI 1 & 2)


Terdapat 2 siri buku baru yang dipamerkan di PSS sekolah. 'Tales From the Al-Quran' & 'Siri Anti Jenayah & Pencegahan. Jom! Dapatkan buku-buku terbaru ini untuk menambah  koleksi bacaan NILAM. 

Khamis, April 28, 2011

SAMBUTAN HARI GURU

TEMA HARI GURU 2011
Seperti yang telah diumumkan baru-baru ini, tema Hari Guru bagi tahun 2011 ialah 
'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.

Tugas guru semakin mencabar. Di samping menghadapi karenah para pelajar yang pelbagai, guru juga perlu menyiapkan diri dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Secara tidak langsung, peranan guru juga semakin bertambah. Bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini dan demi merealisasi matlamat negara, para guru perlu bangkit dari mentaliti lama dan  perlu melakukan transformasi pada diri sendiri dulu. Perbetulkan niat, bulatkan tekad. Ganjaran yang dicari bukan sahaja di dunia, keredhaan Allah jua yang didamba.

Selasa, April 26, 2011

Program NILAM

Pembaca Terbanyak Bulanan


Sebagai menghargai ketekunan murid-murid membaca buku, PSS mengambil inisiatif untuk memberi hadiah berupa baucer makanan KFC kepada Pembaca Terbanyak Bulanan bagi setiap aliran. Untuk melayakkan mereka mendapat hadiah ini, setiap murid dikehendaki membaca seberapa banyak buku dan membuat catatan ke dalam buku rekod NILAM masing-masing. Walaupun nilainya tidak seberapa, namun diharapkan ia mampu membakar semangat murid-murid SKSP untuk meneruskan usaha dan mencetus persaingan yang sihat di kalangan mereka.

Pembaca Terbanyak Bulanan bagi tahun 4, 5 & 6 untuk bulan Jan, Feb & Mac telahpun diumumkan. Masih ada peluang lagi untuk mereka mendapatkan hadiah ini kerana ia akan berlangsung sehingga hujung tahun. 

Manusia dihormati dan disanjung kerana beberapa sebab. Salah satunya ialah ketinggian ilmu yang dimiliki. Jadikanlah membaca satu budaya kerana sebahagian besar ilmu diperolehi melalui pembacaan.

Jumaat, Februari 25, 2011

PELANCARAN NILAM 2011 & MINGGU NILAM BERKUALITI



Payung 'NILAM' sempena Pelancaran NILAM 2011

Sketsa pendek dipersembahkan oleh pengawas-pengawas PSS bertajuk "NILAM dihatiku"

Pn. Jamaliah memperkenalkan Koleksi Buku Terkini PSS

Slot 'Bicara Buku'
Persembahan Koir dengan lagu 'NILAM'

Sepanjang Minggu NILAM Berkualiti, PSS menganjurkan pertandingan Sudut Bacaan Kelas & Sinopsis Terbaik yang terbuka kepada semua kelas & murid-murid sesi pagi. Sempena dengan program ini juga, guru-guru Bahasa Melayu menggunakan masa penggunaan perpustakaan untuk memberi taklimat kepada murid-murid  tentang Program NILAM serta tatacara mengisi buku catatan NILAM. Murid-murid juga diajar untuk menulis sinopsis dengan betul. Diharapkan program ini mampu mencapai matlamatnya.
Terima kasih kepada semua.

Isnin, Februari 21, 2011

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Pada 19 Feb yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah. Acara-acara yang telah dipertandingkan pada hari tersebut ialah tilawah Al-Quran, hafazan, bercerita dan nasyid. Matlamat diadakan MTQ ini ialah untuk memilih peserta bagi mewakili sekolah ke peringkat Zon Kuala Muda 2. Majlis telah diselangi dengan ceramah Maulidur Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 1432 Hijri.













Syabas & tahniah kepada semua peserta-peserta MTQ, terutamanya kepada peserta-peserta yang akan mewakili sekolah ke peringkat Zon Kuala Muda 2.

Selasa, Februari 15, 2011

MAULIDUR RASUL



Seperti kelaziman tahunan, umat Islam di Malaysia akan menyambut hari sempena keputeraan Rasulullah saw pada 12 Rabiulawal setiap tahun.Umat Islam di Malaysia akan mengadakan berbagai aktiviti dalam acara sambutan Maulidur Rasul. Kerajaan Malaysia mengisyhtiharkan 12 Rabiulawal setiap tahun adalah cuti umum. Diantara acara-acara dalam sambutan Maulidur Rasul ialah Perarakan, Syarahan, Forum, Marhaban dan Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan. 

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
  
Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika pengisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. 


Sumber : Klik sini

Khamis, Februari 03, 2011

Orang Yang Muflis


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?
Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)

Isnin, Januari 31, 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKSP 2010


Alhamdulillah, pada 30 Januari 2011 yang lalu telah berlangsungnya 2 acara penting sekolah iaitu Hari Anugerah Cemerlang & Mesyuarat Agong PIBG di Dewan Terbuka SKSP. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tn Hj Abd Ghani b. Haron, iaitu Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/Yan.Tujuan HAC ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan/menghargai sumbangan  murid-murid dalam bidang kurikulum & kokurikulum sepanjang tahun 2010. 
Ini disusuli pula dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ke 36.

Terima kasih kepada semua waris yang hadir.


Tn Hj Abd Ghani b. Haron, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda/ Yan sedang memberikan ucapan.

Guru Besar SKSP, Datin Azziah bt Abu Othman sedang memberikan laporan prestasi sekolah sepanjang tahun 2010.

Persembahan Kalam Jama'ie dari murid-murid Tahun 6

Antara para waris yang hadir.

Murid-murid yang diraikan.
Penerima Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Tahun 1

Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Cemerlang UPSR, Amanda Marc a/p Joseph.
Shahfrezan Sairi, penerima Anugerah Khas Ketua Murid 2010 serta Cemerlang UPSR.

Penerima Anugerah NILAM 2010, Nor Farhanim bt. Zaidy, juga Cemerlang UPSR
Tokoh Kokurikulum 2010, Ahmad Aidiel b. Zaidi

Heartiest Congratulations To All Recipients!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...