TEMA HARI GURU 2011
Seperti yang telah diumumkan baru-baru ini, tema Hari Guru bagi tahun 2011 ialah 'GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA'.
Tugas guru semakin mencabar. Di samping menghadapi karenah para pelajar yang pelbagai, guru juga perlu menyiapkan diri dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Secara tidak langsung, peranan guru juga semakin bertambah. Bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini dan demi merealisasi matlamat negara, para guru perlu bangkit dari mentaliti lama dan perlu melakukan transformasi pada diri sendiri dulu. Perbetulkan niat, bulatkan tekad. Ganjaran yang dicari bukan sahaja di dunia, keredhaan Allah jua yang didamba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan